Other Info


Kenapa Habbatussauda?

KENAPA KITA HARUS ISTIQOMAH dengan HABBATUS SAUDA? Anda semua sedia maklum bahawa HABBATUS SAUDA ini adalah pemakanan @ satu kaedah perubatan yang telah diiktirafkan oleh ALLAH SWT kepada KEKASIH-NYA (MUHAMMAD S.A.W) sebagai penawar. Dan kita sebagai Umat Islam @ Umat Nabi S.A.W wajib yakin dengan setiap sabdaan BAGINDA S.A.W dan ia merupakan satu perkara yang melibatkan aqidah setiap Umat Muhammad. Hari ini kita melaung2kan SUNNAH....SUNNAH....dan SUNNAH itu bukan sekadar SOLAT BERJEMAAH sahaja, ia melibatkan keseluruhan kehidupan suci murni BAGINDA S.A.W sehingga hatta cara kita masuk tandas pun jika melibatkan cara SUNNAH NABI S.A.W, ia dikiran sebagai pahala di sisi ALLAH SWT....krn setiap perbuatan dan cara kehidupan NABI S.A.W adalah cara yang ALLAH SWT perintahkan...bukan NABI S.A.W suka2 reka ikut cara nafsu BAGINDA S.A.W.

Oleh yang demikian, begitu jugalah apa sahaja yang NABI S.A.W pernah lakukan sepanjang hayat BAGINDA S.A.W, ia merupakan satu corak kehidupan yang amat menyukakan ALLAH SWT.... sehinggakan NABI S.A.W pernah bersabda, mafhumnya, "barangsiapa yang menghidupkan satu SUNNAH ku di zaman fasya' & mungkar (akhir zaman ketika Umat sedunia memperlekehkan SUNNAH, maka ganjaran bagi mereka adalah seumpama 100 pahala mati syahid, mereka ini untuk menghidupkan SUNNAH ku umpama menggenggam bara api, jika mereka dapat amalkan, maka genggamlah walaupun terpaksa digigit dengan gigi geraham" Ini untuk menunjukkan kepada kita sebagai Umat NABI S.A.W betapa MAHAL & BERNILAINYA SETIAP AMALAN SUNNAH NABI S.A.W, mungkin di dunia ini kita tak mampu nampak akan nilainya, namun apabila kita semua dah kemabli di hadapan ALLAH SWT ketika di padang masyar, maka barulah kita semua akan menangis dan menyesal kerana barulah nampak akan kejayaan SUNNAH di sisi ALLAH SWT untuk melayakkan kita mendapat syafa'at NABI S.A.W.

Maka yang demikian, walaupun sekadar ubat @ penawar yang macam lekeh, AS SAUDA @ HABBATUS SAUDA bukan sekadar pemakanan "suppliment" untuk di makan mengharapkan sembuh, ia melibatkan KEYAQINAN kita dengan PERINTAH ALLAH SWT & SUNNAH RASULULLAH S.A.W iaitu
"tetaplah kamu dengan HABBATUS SAUDA, kerana padanya ada penawar bagi segala penyakit kecuali al-sam (maut)"

- hadis sahih bukhari & muslim -
 
Apakah Habbatus Sauda’

Habbatus Sauda’ atau nama saintifiknya Nigella Sativa, adalah tumbuhan rerumput kecil yang berbunga secara tahunan. Ia dikenali dengan berbagai nama termasuklah Jintan Hitam, Black Cummin, Black Seed, Love in The Mist, Ketzah dan Charnuska. Sejak lebih 300 tahun dahulu, manusia sudah mula menggunakan Habbatus Sauda’ untuk mengubati pelbagai penyakit, disamping meningkatkan daya imunisasi badan. Pada zaman Rasulullah S.A.W, Habbatus Sauda’ sangat lazim digunakan dalam kehidupan seharian dan dikenali sebagai Habbatul Barakah dan Kamun al-Aswad.


Nigellin dan Melathin
Menggalakkan pembersihan saluran pencernaan.

Sterols
Mengandungi beta-sterol untuk mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan.

Volatile Oils
Mengandungi thymoquine dan nigellon y
Kegunaan Habbatus Sauda’

1. Masalah pernafasan – Mengandungi beberapa agen termasuk Nigellone yang merupakan bronchodilator, iaitu bahan yang boleh mengembangkan salur pernafasan yang sempit yang mengakibatkan sesak nafas seperti asthma dan COPD.

2. Masalah penghadaman – Mengandungi Nigellin dan Melanthin yang mampu membuang angin dan mengatasi kembung perut.

3. Kencing manis – Mengandungi Thymoquinone, suatu bahan yang berupaya merendahkan tahap glukosa di dalam darah.

4. Darah tinggi – Menghasilkan Prostaglandin E1 yang telah dibuktikan mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Juga bersifat diuretic (agen yang merangsang pengeluaran air kencing).

5. Alahan – Merupakan agen anti-inflammatory, bronchodilator dan anti-histamine, maka tidak hairan lagi mengapa ia selalu digunakan untuk merawat penyakit alahan yang kronik.

6. Batu karang dan batu hempedu – Mengandungi Nigellin yang merupakan agen anti-spasmodic, maka sesuai digunakan untuk penyakit batu karang.

7. Masalah kulit – sesuai digunakan oleh pesakit eczema.



Kandungan Habbatus Sauda’
ang bertindak mengubati masalah pernafasan dan mengurangkan kesan alahan.

Fatty Acids
Menggalakkan hati yang sihat dan berfungsi dengan baik.

......................................................................................................................................................................


Sistem Immunisasi

Sistem pertahanan badan merupakan system kompleks yang sangat penting kerana ia menghasilkan antibodi-andibodi di dalam badan. Antibodi ini mampu mengenalpasti dan melawan organisma dan bahan asing dalam badan. Maka, sistem imunisasi merupakan sistem pertahanan badan terhadap serangan. Terdapat dua jenis sel yang bertanggungjawab terhadap sistem imunisasi badan, iaitu sel darah merah dan juga sel darah putih. Sel darah merah bertanggungjawab membawa oksigen ke seluruh badan manakala sel darah putih mempertahankan badan dari serangan agen asing. Terdapat pelbagai jenis sel darah putih di dalam badan. Antaranya ialah lymphocytes yang menghaslkan B-sel dan juga T-sel. B-sel bertindak menghasilkan antibodi, iaitu protein berbentuk Y yang dirembeskan sekiranya terdapat antigen seperti bakteria, virus atau parasit. Antibodi ini akan bergabung dengan antigen, lalu meneutralkan ia. T-sel pula lebih agresif kerana ia menyerang terus dan menghancurkan agen asing.


Banyak penyelidikan telah dilakukan ke atas ekstrak Habbatus Sauda’ yang telah membuktikan bahawa ia boleh digunakan untuk menguatkan sistem imunisasi badan. College of Medicine di Uneversity King Faisal telah menerbitkan satu penemuan yang menarik di dalam Journal Pharmaceutical Arab Saudi. Mengikut penyelidiknya Dr . Basil Ali dan rakan-rakan, Habbatus Sauda’ telah didapati mampu meningkatkan jumlah T-sel di dalam badan. Pengarah Institut Immunology dari University Munich, Prof G.Reitmuller juga mengakui bahawa ekstrak Habbatus Sauda’ dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan juga boleh digunakan sebagai bioregulator. Habbatus Sauda’ juga mampu meningkatkan kesan aktiviti B-sel ke atas sel tumor. Ini kerana ia mampu menolong menyediakan ruang pada tapak agen tumor yang membenarkan B-sel bergabung dengan lebih mudah. Habbatus Sauda’ yang diambil untuk satu jangka masa yang panjang telah dibuktikan bertindak sebagai immunomudulator. Ini bermakna ia akan meningkatkan kekuatan sistem imunisasi dan mengekalkan keseimbangan sistem imunisasi untuk berfungsi secara optimum. 

.....................................................................................................................................................................